Pages

Wednesday, November 5, 2014

Setia Hingga Hujung Nyawa

Rasa seperti sudah lama tidak menulis di sini. Terlalu banyak perkara dan peristiwa yang berlaku hingga lupa untuk menulis.

Secara ringkas nya. Yup, aku sudah bertemu dengan seseorang yang sempurna untuk aku. Sempurna melengkapi kehidupan aku seharian. Seorang yang mampu terima aku seadanya tanpa mengira kisah lama aku. Memang tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Tetapi, cukup lah untuk dia menjadi sempurna pada pandanganku. Disaat aku perlukan kekuatan. Dia setia menantiku. Menemaniku. Menghadapi kerenahku seharian-harian.

Terima kasih atas segalanya. Kehadiranmu menjadi sumber kekuatan pada diri ini untuk menghadapi rintangan hidup ini. Terima kasih kerana hadir di saat aku perlukan kamu.

Masih jauh lagi perjalanan hidup kita. Semoga kita kekal hingga hujung nyawa. Amin.  

No comments: