Pages

Wednesday, August 11, 2010

Dulu Engkau Pernah Bertanya..

kalau dulu engkau pernah bertanya
mengapa aku suka pada engkau
aku tidak menjawab apa2
kerana aku takut disalah ertikan kata2 aku itu

masa tetap berputar
meninggalkan kita yang masih tercari2 jalan kebenaran
dan aku semakin mengerti mengapa aku syg pada engkau

tetapi tiada siapa dapat meramal apa akan berlaku esok dan masa mendatang
tiba2 aku di uji dengan kehilangan engkau di dalam kehidupan seharian aku
pada waktu itu la aku sedar
mengapa aku suka syg pada engkau

bukan kerana paras rupa atau harta benda
bukan juga kerana kepintaran mahu pun ilmu yg ada
dan bukan juga kerana kehidupan sehari2an engkau

aku lebih rela berasa terluka dari tidak berasa apa2 terhadap kehidupan
dan aku tahu
bersama engkau
aku boleh rasa kan semua itu..

No comments: