aku bukan la seorang penulis penyair atau penglipulara yang mampu menzahirkan perasaan dengan kata2..aku cuma manusia biasa yang sering diuji didalam hidup sehariannya..
tiada kata seindah bahasa yang mampu aku ungkapkan..
yang mampu aku titipkan disini..
hubungan yang dibina selama ini musnah hanya kerana pemikiran yang cetek..
mengikut hawa nafsu..tanpa memikirkan kesan di belakang hari..
ya..mungkin benar kata2 mu itu..
ya..mungkin juga salah kata2 mu itu..
apa yang kamu mahu fikirkan..fikirkan la..
aku sudah malas..
sudah letih..
memberi cinta kepada mu..
tapi cinta itu disia2kan begitu saja..
jika kamu sangka selama ini sudah cukup membahagiakan aku..
kamu silap..
ya..memang betul adakalanya bahagia..
ya..memang betul..adakalanya duka..
tapi kamu sudah memilih jalan begini..
sepertinya tidak ada apa2 lagi yang harus kita bicarakan..
tidak ku kisah kamu mahu mengundur diri atau apa sekali pun alasan kamu..
jika kamu mahu mengatakan aku sudah ada yang lain..buktikan..
tidak cukup sekadar mendengar kata hati..
sedangkan hati itu tidak ada hitam dan putihnya..
hanya sekadar mainan perasaan saja..
begitu mudah kamu ucapkan kata putus itu..
disaat aku tidak begitu sihat fizikal nya..
ya..itu hak kamu..
aku hanya perempuan yang lemah..
yang selalunya menjadi mangsa kepada keadaan lelaki...
aku tidak kan lagi mengajar mu
bagaimana caranay tuk selamatkan hubungan ini..
kamu sudah besar..
sudah ada akal fikiran..
kamu guna akal itu sebaik2 nya..
andai aku diberi peluang bersama insan lain..
akan aku cari keredhaan Allah terlebih dahulu..
keredhaan ibubapa nya dan diriku..
baru la aku kan menerima cinta darinya..
jika kamu ikhlas terhadap ku..
kamu tahu caranya..
terima kasih aku ucapkan kepada kamu..
kerana menemani aku selama ini..
No comments:
Post a Comment