Pages

Tuesday, April 19, 2016

Ini Yang Terbaik.

Betul la org cakap. Jika ingin hati itu menjadi lebih tenang..Maafkan segala kesalahan orang lain tidak kira apa pon kesilapan dan kesalahan itu. 

Setiap orang memang ada jalan cerita masing-masing. Ada yang pahit, ada yang manis. Ada suka dan duka. Begitu juga aku..

Setelah sekian lama memendam rasa ini. akhirnya aku berjaya melepaskan nye. Disaat ku terlihat dan terkenang kisah lama berbicara, seperti ada sesuatu yang memberitahuku bahawa sudah tiba masanya untuk ku lepaskan rasa mati ini dan biarkan rasa sakit itu berlalu. Secara tidak langsung aku mendoa kebahagiaan nya dan berharap yg terbaik untuk nya.  

Aku harap rasa tenang ini berkekalan dan semoga semua nya baik-baik untuk semua.. 

Cinta tidak semestinya memiliki...

Thursday, March 19, 2015

Menghitung waktu

Begitu pantas masa berlalu tanpa disedari aku menghitung masa dan waktu untuk menjadi seorang ibu. Satu pengalaman yg sangat berharga dan bermakna untuk diriku. Aku bersyukur kerana tidak banyak menghadapi alahan dan cabaran ketika hamil. Sesungguhnye tidak tergambar perasaan untuk menjadi seorang ibu. Gembira. Takut. Teruja. Dan macam-macam lagi.

Terima kasih kepada Mr. H yang sangat memahami keadaan aku sekarang. Memang lelaki tidak akan faham atau rasa apa yang kita rasa. Tetapi kehadiran mereka sangat penting untuk sokongan moral.

Luv Ya! Rasa tidak sabar nak berjumpa H Jr..

See you soon..

Wednesday, November 5, 2014

Setia Hingga Hujung Nyawa

Rasa seperti sudah lama tidak menulis di sini. Terlalu banyak perkara dan peristiwa yang berlaku hingga lupa untuk menulis.

Secara ringkas nya. Yup, aku sudah bertemu dengan seseorang yang sempurna untuk aku. Sempurna melengkapi kehidupan aku seharian. Seorang yang mampu terima aku seadanya tanpa mengira kisah lama aku. Memang tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Tetapi, cukup lah untuk dia menjadi sempurna pada pandanganku. Disaat aku perlukan kekuatan. Dia setia menantiku. Menemaniku. Menghadapi kerenahku seharian-harian.

Terima kasih atas segalanya. Kehadiranmu menjadi sumber kekuatan pada diri ini untuk menghadapi rintangan hidup ini. Terima kasih kerana hadir di saat aku perlukan kamu.

Masih jauh lagi perjalanan hidup kita. Semoga kita kekal hingga hujung nyawa. Amin.